News Update :

Moto GP News

Basketball News

Formula 1 News

Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

Muhammad Aakif Firdaus lahir ke dunia!

Sunday, November 13, 2011

Lebih kurang pukul 7.00am - 4 Januari 2011, Mama dah mintak suruh Papa bawa dia g jumpa "Moyang"..nak rasa perut katenyer..sebab Mama dah rasa macam dah tak tahan dah nak simpan Aakif dalam perut lama-lama..dah sampai masa dah nak lahirkan Aakif..

Dah sampai umah Moyang..dipendekkan cerita..Moyang aka Tok kata dah sampai masa dah ni nak bersalin..dah tak de masa dah nak lengah-lengah..Papa apa lagi..secepat kilat terus bawa Mama ke hospital Muadzam..

Bla....bla...bla...dipendekkan cerita..
Lebih kurang kul 2.40pm, Papa dimaklumkan Mama dah nak bersalin..dan Papa digalakkan untuk masuk ke dalam bilik bersalin untuk memberikan galakan pada Mama untuk sama-sama harungi saat genting seorang isteri dan seorang ibu ini..Papa pula tak henti-henti mengucapkan kalimah-kalimah Allah S.W.Tdan berdoa sepanjang peristiwa bersejarah itu..tak sampai 15-20 minit..Aakif - anak lelaki Papa lahir ke dunia..(dipendekkan cerita sebab semasa proses bersalin itu..sangat-sangat 18SG occay)..Nak tengok tak gambar Aakif masa "tecik-tecik"..cer tengok kat bawah..Papa dah uploadkan gambar...



Pas tu, tak habis-habis mengucapkan syukur atas kurniaan Allah S.W.T itu..dan kemudiannya Papa diarahkan keluar dan menunggu di ruangan menunggu sementara Aakif di"mandikan" dan beberapa perkara yang perlu diselesaikan..dan lebih kurang 2 jam menunggu..Akhirnya dapat juga Aakif berjumpa dengan Papa..perkara pertama yang papa lakukan adalah buat rambut Aakif macam David Beckham..comel katenyer..pastu di perdengarkan Ayat-ayat suci Allah S.W.T dengan laungan Azan ditelinga Aakif (Sedap suara papa mengalunkan Azan..tak hairanlah dia kan Bilal)..


Boleh Tidak Buat Aqiqah Seekor Kambing Untuk Anak Lelaki?

Friday, November 11, 2011

http://blog.fatiniz.com/wp-content/gallery/aliah/aliah-16.jpg
 
Soalan:
 
Jiran saya mahu buat aqiqah untuk anak lelakinya. Namun dia hanya mahu sembelih satu ekor kambing dan seekor lagi mahu ditangguhkan dulu. Alasannya, jika disembelih sekali 2 ekor dia takut dagingnya tidak habis dimakan oleh para jemputan.

Kambing yang seekor lagi mahu diaqiqah dan diniatkan bersekali dengan majlis doa selamat untuk saudaranya yang mahu menunaikan ibadah haji, kerana saudaranya itu menanggung harga 2 ekor kambing yang diaqiqahkan itu.

Apa hukumnya Ustaz? Betul ke niat nya?

Sekian, terima kasih.

Jawapan:

Maksud Aqiqah ialah binatang ternakan yang berkaki empat (binatang an‘am) yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya.

Hukum melakukan aqiqah itu adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengaqiqahkan cucundanya Hasan dan Husain. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW , lalu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Allah tidak menyukai kedurhakaan, seolah-olah Baginda tidak suka menyebut nama itu (aqiqah). Baginda bersabda: "Barang siapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing." (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang disunatkan melakukan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan itu ialah orang yang wajib memberi nafkah kepada anak tersebut, iaitu bapa atau ibunya sekalipun mereka itu orang fakir atau papa.

Bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk melaksanakan aqiqah sebanyak 2 ekor kambing atau 2 bahagian lembu bagi anak lelaki mereka. Boleh juga ia melakukan seekor kambing atau 1 bahagian lembu. Bila  ia telah berkemampuan, maka  bolehlah dia melakukan baki yang tinggal lagi sebanyak 1 ekor kambing atau 1 bahagian lembu. Apa-apapun terpulang kepada orang yang hendak melakukan aqiqah anaknya. Dia sahaja yang tahu menilai sejauhmana kemampuan dirinya.

Lebih cantik lagi, kita jangan tangguh ibadah aqiqah anak ini, sebab menjadi tanggungjawab ibu bapa mengaqiqahkan anaknya yang telah dilahirkan. Tidak menjadi permasalahan baginya yang mengatakan takut akikah 2 ekor kambing tidak habis di makan oleh tetamunya. Daging aqiqah sunat kita masak dengan masakan yang manis dan sedekah kepada orang ramai atau jiran-jiran kita.  Bukan sekadar buat kenduri jamu orang makan sahaja.

Satu lagi masalah yang timbul dalam perkara ini ialah nazar. Ucapannya seperti “1 ekor kambing lagi akan dilakukan pada majlis doa selamat saudaranya untuk menunaikan haji” telah menjadi nazar beliau. Apabila telah menjadi nazar, maka ia telah menjadi wajib dan perlu dilaksanakan. Jika gagal ia akan berdosa dan perlu membayar kifarah sebanyak 3 hari puasa berturut-turut.

Football News

 

© Copyright Inilah Duniaku! 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.