Sejak
bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah
anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa
tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat
dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman
yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati
terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat.
Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.
2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda
Walaupun
anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya
antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat
sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala,
menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya.
Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.
3. Si Kecil Buat Ragam
Jangan
salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak
menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia
terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak
selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan
menenangkannya.
4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda
Dia
berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia
berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi
kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum
lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah
ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian
sebenar ‘mama saya kamu’.
5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda
Sedang
anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi
anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan
emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan
buat anda.
6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda
Dia
akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin
dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan
dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil
bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil
sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik
setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin
baik.
7. Si Kecil Dengar Arahan Anda
“Adik,
tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil
menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan
kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap
dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu
jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu
melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.
Source: Majalah Pa & Ma