Fakta Perkembangan Bayi Setiap Bulan
Tidak ada dua orang kanak-kanak yang membesar tepat pada kadar yang sama. Setiap kanak-kanak itu berbeza dalam melakukan sesuatu aktiviti yang tertentu lebih awal atau kemudian daripada yang lain. Sebab itulah tidak mungkin diberikan jadual yang tepat tentang perkembangan seorang bayi dalam tahun pertama. Coraknya memang ada, walau bagaimanapun penerangan berikut adalah satu rajah tentang kemajuan dan tabiat seorang bayi secara bulanan. Berikut adalah rajah perkembangan bayi pada setiap bulan.
Bulan Pertama
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.
Bulan Kedua
Bayi
akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan
untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh
memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada
waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.
Bulan Ketiga
Bayi
mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur
lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh
menegakkan kepalanya ketika meniarap.
Bulan Keempat
Bayi
lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain
dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna
terang.
Bulan Kelima
Berat
badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan
bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia
mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama.
Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.
Bulan Keenam
Sekarang
dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan
membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.
Bulan Ketujuh
Kebanyakan
bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu
benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi.
Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini
dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula
menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".
Bulan Kelapan
Bayi
mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi
anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan
benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya
bertaburan.
Bulan Kesembilan
Sekarang
kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya
dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan
mudah.
Bulan Kesepuluh
Bayi
mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia
menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataanitu
Bulan Kesebelas
Seorang
bayi mungkin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini.
Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk
bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan
sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah
perkataan yang boleh difahaminya.
Bulan Kedua belas
Sekarang
bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama.
Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti
melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang
permainannya.
Source: Edaran Salinah
0 comments:
Post a Comment