News Update :

Eh! aku dah 10 bulan dah?

Sunday, November 13, 2011


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..


Ketika ini aku kini umurku menginjak 10 bulan..pada ketika ini, aku masih belum lagi mengenal dan mengerti mahupun tahu bagaimana untuk merangkak..ramai dari rakan-rakan sebaya dengan aku yang telah lama dan lebih dahulu merangkak..malah bukan itu sahaja..dah ada yang boleh berjalan dah pun..

Biasanya pada usia sebegini dah boleh merangkak..dan kalau ada yang sangat aktif dan tak boleh duduk diam..dah boleh berjalan dah pun..tapi Aakif? Mmmmm..merangkak tak reti lagi..tapi ada hati nak berdiri tu..dari "pose" baring terus nak mencapai apa jua benda yang boleh membuatkan Aakif berdiri..hahahaha..hebat tak aku?

Pada 4 November 2011 yang baru lalu usiaku genap 10 bulan..dan kini sudah seminggu ianya berlalu dan kini aku kembali mencongak waktu untuk menginjak usia 11 bulan..pada ketika ini maksudnya sekarang..aku terpaksa menghadapi dugaan Allah S.W.T seawal usia ku 10 bulan..“demam selsema”..perkara yang begitu dikhuatiri dan dibimbangi oleh papa dan mama ku..

Pagi ini, setelah 2, 3 hari yang lepas sepertinya tubuh badan dan fizikal ku menunjukkan tanda-tanda nak selsema..akhirnya “ia” datang juga..harap-harap tak de lah melarat sangat kan..kang bertambah kurus pula aku nanti sebab tak de selera nak makan dan menyusu..


Paling hebat (walaupun tak hebat mana pun), aku kini sudah boleh merasai "makanan segera" macam KFC, McD (Bubur je pown) dan macam-macam lagi..mana boleh asyik tengok orang makan je..aku pula telan air liur je..dah lah tengok orang lain makan ayam..aku pun nak jugak laaa..


Apa pun kepada sidang pembaca..doakan semoga Aakif cepat sembuh yer..
Share this Article on :

2 comments:

Ash said...

cepat sembuh yer Aakif!! hehe.. pic first tu pakai glasses uncle Yazidy yerrrr... shomelll~~ *nape komen aku gedik nih?*

khairol idayu said...

aakif cpat sembuh yerr..nant boleh jpe akak ayu sebelum akak ayu blik kedah yer...cepat sembuh taw..nk jpa aakif..

Post a Comment

 

© Copyright Inilah Duniaku! 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.