News Update :

Kerap Melakukan Onani Sejak Dari Kecil Lagi!

Friday, November 11, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUWlMCTpzs3TF4jz9sphSnPXtbasrQH55ARgwgwg1MAmFyEA9XHCgvk_0bLgNDg6R867BH5MIOQzPKzSpvMnhfkPsgk3JH-DgDhsL-ZbepNimv91KUlhBfjZISU4zADleYllCyDeOmY2BD/s320/onani.jpg

Soalan:

Assalamualaikum ustaz..sy pelajar perempuan berusia 17 tahun.masalah saya disini ialah saya kerap mengamalkan onani sejak berusia 8 tahun.waktu kecil dahulu saya tidak tahu bahawa aktiviti tersebut ialah onani, namun setelah menginjak dewasa, saya mengetahuinya. tetapi, saya masih melakukannya. kemusykilan saya ialah :
  1. Adakah wanita mampu mengeluarkan air mani?dan bagaimana mahu mengenal pastinya? 

  2. Adakah wanita kena mandi wajib setelah melakukan onani?
Saya ingin bertaubat. tapi susah. selepas melakukannya, saya menyesal dan bertaubat. Kemudian, esok saya mengulanginya lagi.
  1. Satu lagi,apakah hukum bagi wanita menonton video lucah?
Saya harap ustaz dapat jawab secepat mungkin.terima kasih.

Jawapan:

Orang yang sentiasa melakukan onani untuk memuaskan hawa nafsunya itu adalah haram sebab orang tersebut telah merangsang dirinya untuk melakukan onani dengan melihat gambar lucah, video lucah atau sebagainya sehingga menyebabkan pemikirannya terganggu dengan bayangan seksual yang keterlaluan. Hal ini menyebabkan dirinya tidak senang duduk sehingga ia melakukan onani untuk mengurangkan tekanan seksualnya. Untuk mengetahui hukum onani dengan lebih terperinci lagi, sila klik di sini.

Wanita Mampu Mengeluarkan Air Mani

Air mani perempuan lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang tidak terhingga. Jelas di sini bahawa wanita juga mempunyai air mani dan cara keluarnya juga sama seperti lelaki iaitu gersang dan nikmat yang tidak terhingga ketika mengeluarkan air mani. Maklumat lebih lanjut tentang air mani sila klik sini.

Wanita Kena Mandi Wajib Selepas Onani

Kebiasaannya wanita yang onani mencapai kepuasan atau klimak dan selepas itu badannya menjadi layu, letih dan syahwat menjadi reda. Kalau terjadi begini ini bererti wanita tersebut telah mengeluarkan air maninya dengan cara onani dan ia di wajibkan mandi wajib. Sebabnya keluar mani ini merupakan hadas besar yang boleh diangkat dengan cara mandi hadas sahaja. Lihat artikel mandi hadas di sini.

Hukum Menonton Video Lucah

Hukum menonton video lucah itu adalah haram sebab semasa menonton ia dapat merangsang syahwat orang yang menontonnya. Selain dari itu juga pelakon video lucah tersebut bertelanjang dan mendedahkan segala tubuh badannya. Haram bagi kita melihat aurat orang yang bukan mahramnya. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Perbuatan melihat video lucah juga dapat membuat seseorang itu berkeinginan untuk melakukan zina dengan sesiapa sahaja. Secara tidak langsung video lucah tersebut dapat membuat seseorang itu melakukan zina dengan pasangan kekasihnya. Ramai anak muda kita diluar sana melakukan perbuatan seperti ini tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Sedikit sebanyak ia semua berpunca dari penyebaran video-video lucah atau filem-filem yang mendedahkan aurat, berpelukan, bercumbuan atau sebagainya.
Ingin Bertaubat

Soal bertaubat ini kita tidak boleh putus asa, kena selalu bertaubat kepada Allah, kalau boleh untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh juga melakukan puasa sunat, kerana puasa dapat membendung nafsu dan sedikit sebanyak dapat membantu anda kurang melakukan onani. Selain dari itu juga anda boleh menyibukkan diri anda dengan berbagai pekerjaan dan jangan membiarkan diri anda berseorangan, kerana ia akan menyebabkan anda teringat dan terdorong untuk melihat video lucah atau onani. Rajinkan diri anda untuk menghadiri kelas-kelas agama yang berdekatan sebab orang yang menghadiri kelas-kelas agama atau program ilmu dapat menghilangkan kekotoran yang terdapat di dalam hatinya. Seringlah mohon doa dan merintis kepada Allah supaya masalah anda ini dapat dapat diubati dan dapat dikurangkan.

Ini sahaja tips yang saya dapat berikan, sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mengubati masalah onani ini, tapi apa-apa pun bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Kalau kekuatan rohani tidak kuat maka masalah ini susah untuk diubati. Apa-apa pun hadapi masalah ini dengan penuh kesabaran.

 
Share this Article on :

0 comments:

Post a Comment

 

© Copyright Inilah Duniaku! 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.