skip to main |
skip to sidebar
Rasulullah S.A.W sebaik-baik contoh!
- Dalam
membuat sesuatu keputusan, Rasulullah biasanya mengambil jalan yang
paling mudah sekali. Baginda tidak suka memilih sesuatu yang susah,
sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari : “Adapun Rasulullah
s.a.w. apabila diberi pilihan antara dua perkara, baginda memilih yang
lebih mudah selagi tidak melakukan dosa.” (Riwayat Bukhari)
- Suka yang disebelah kanan. Aisyah r.a. menceritakan yang maksudnya : “Rasulullah
suka mempergunakan tangan sebelah kanan dan memperdahulukan yang
sebelah kanan seboleh mungkin dalam urusan menyikat rambut,meminyakinya,
begitu juga ketika memakai sepatu dan membersihkan badan.”
- Tidak mencela makanan dan minuman dan tidak memujinya berlebihan.
- Tidak menaruh benci keduniaan.
- Sentiasa berlemah lembut dan berlapang dada.
- Melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh.
- Tidak terpengaruh dengan kemewahan dunia.
- Memakai pakaian yang biasa dan sukakan wangi-wangian bahkan jasadnya mengeluarkan wangian semulajadi.
- Memakan
makanan yang biasa dimakan oleh orang kebanyakan. Makanan yang
digemarinya ialah susu dan madu. Tidak gelojoh dan minum dengan tiga
kali teguk.
- Tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh nafsu makan.
- Rasulullah
tidur dengan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipinya didalam
keadaan berbaring sambil berkata Tuhanku, lindungilah aku dari azabmu
pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu.
- Rasulullah seorang suami mithali, juga ayah dan datuk mithali. Menyayangi anaknya dan tidak pernah memarahi khadamnya.
- Mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.
- Beliau berjalan dengan cergas dan bukan lemah gemalai.
0 comments:
Post a Comment