News Update :

Moto GP News

Basketball News

Formula 1 News

Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Kerap Melakukan Onani Sejak Dari Kecil Lagi!

Friday, November 11, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUWlMCTpzs3TF4jz9sphSnPXtbasrQH55ARgwgwg1MAmFyEA9XHCgvk_0bLgNDg6R867BH5MIOQzPKzSpvMnhfkPsgk3JH-DgDhsL-ZbepNimv91KUlhBfjZISU4zADleYllCyDeOmY2BD/s320/onani.jpg

Soalan:

Assalamualaikum ustaz..sy pelajar perempuan berusia 17 tahun.masalah saya disini ialah saya kerap mengamalkan onani sejak berusia 8 tahun.waktu kecil dahulu saya tidak tahu bahawa aktiviti tersebut ialah onani, namun setelah menginjak dewasa, saya mengetahuinya. tetapi, saya masih melakukannya. kemusykilan saya ialah :
  1. Adakah wanita mampu mengeluarkan air mani?dan bagaimana mahu mengenal pastinya? 

  2. Adakah wanita kena mandi wajib setelah melakukan onani?
Saya ingin bertaubat. tapi susah. selepas melakukannya, saya menyesal dan bertaubat. Kemudian, esok saya mengulanginya lagi.
  1. Satu lagi,apakah hukum bagi wanita menonton video lucah?
Saya harap ustaz dapat jawab secepat mungkin.terima kasih.

Jawapan:

Orang yang sentiasa melakukan onani untuk memuaskan hawa nafsunya itu adalah haram sebab orang tersebut telah merangsang dirinya untuk melakukan onani dengan melihat gambar lucah, video lucah atau sebagainya sehingga menyebabkan pemikirannya terganggu dengan bayangan seksual yang keterlaluan. Hal ini menyebabkan dirinya tidak senang duduk sehingga ia melakukan onani untuk mengurangkan tekanan seksualnya. Untuk mengetahui hukum onani dengan lebih terperinci lagi, sila klik di sini.

Wanita Mampu Mengeluarkan Air Mani

Air mani perempuan lebih cair dari air mani lelaki dan ia berwarna putih. Cara ia keluar ketika wanita tersebut gersang dan nikmat yang tidak terhingga. Jelas di sini bahawa wanita juga mempunyai air mani dan cara keluarnya juga sama seperti lelaki iaitu gersang dan nikmat yang tidak terhingga ketika mengeluarkan air mani. Maklumat lebih lanjut tentang air mani sila klik sini.

Wanita Kena Mandi Wajib Selepas Onani

Kebiasaannya wanita yang onani mencapai kepuasan atau klimak dan selepas itu badannya menjadi layu, letih dan syahwat menjadi reda. Kalau terjadi begini ini bererti wanita tersebut telah mengeluarkan air maninya dengan cara onani dan ia di wajibkan mandi wajib. Sebabnya keluar mani ini merupakan hadas besar yang boleh diangkat dengan cara mandi hadas sahaja. Lihat artikel mandi hadas di sini.

Hukum Menonton Video Lucah

Hukum menonton video lucah itu adalah haram sebab semasa menonton ia dapat merangsang syahwat orang yang menontonnya. Selain dari itu juga pelakon video lucah tersebut bertelanjang dan mendedahkan segala tubuh badannya. Haram bagi kita melihat aurat orang yang bukan mahramnya. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :

“Janganlah seseorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan janganlah wanita melihat aurat wanita lain”.

Perbuatan melihat video lucah juga dapat membuat seseorang itu berkeinginan untuk melakukan zina dengan sesiapa sahaja. Secara tidak langsung video lucah tersebut dapat membuat seseorang itu melakukan zina dengan pasangan kekasihnya. Ramai anak muda kita diluar sana melakukan perbuatan seperti ini tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Sedikit sebanyak ia semua berpunca dari penyebaran video-video lucah atau filem-filem yang mendedahkan aurat, berpelukan, bercumbuan atau sebagainya.
Ingin Bertaubat

Soal bertaubat ini kita tidak boleh putus asa, kena selalu bertaubat kepada Allah, kalau boleh untuk mengelakkan masalah ini, anda boleh juga melakukan puasa sunat, kerana puasa dapat membendung nafsu dan sedikit sebanyak dapat membantu anda kurang melakukan onani. Selain dari itu juga anda boleh menyibukkan diri anda dengan berbagai pekerjaan dan jangan membiarkan diri anda berseorangan, kerana ia akan menyebabkan anda teringat dan terdorong untuk melihat video lucah atau onani. Rajinkan diri anda untuk menghadiri kelas-kelas agama yang berdekatan sebab orang yang menghadiri kelas-kelas agama atau program ilmu dapat menghilangkan kekotoran yang terdapat di dalam hatinya. Seringlah mohon doa dan merintis kepada Allah supaya masalah anda ini dapat dapat diubati dan dapat dikurangkan.

Ini sahaja tips yang saya dapat berikan, sebenarnya banyak lagi tips yang boleh digunakan untuk mengubati masalah onani ini, tapi apa-apa pun bergantung kepada kekuatan diri masing-masing. Kalau kekuatan rohani tidak kuat maka masalah ini susah untuk diubati. Apa-apa pun hadapi masalah ini dengan penuh kesabaran.

 

Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah!

http://abiwara.files.wordpress.com/2007/09/4pict.jpg

Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?Jawapannya :

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi : Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsur-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.

Perbandingan 4 Mazhab Berhubung Aurat Wanita!


Maliki

Semua badannya, kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah(harus) didedahkan muka dan dua tapak tangannya di jalan dan di hadapan lelaki ajnabi,tetapi dengan syarat aman daripada fitnah. Jika ditakuti fitnah, maka wajib ditutup

Hambali


Ada dua qaul :

  1. Semua badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Muka dan dua tapak tangannya halal dilihat lelaki ajnabi, jika aman daripada fitnah. Tetapi wajib ditutup sekiranya ditakuti mendatangkan fitnah.
  2. Semua badannya, tampa kecuali. Ini berdasarkan kepada satu riwayat daripada Iman Ahmad dan inilah qaul yang paling sahih.

Syafi'i


Ada dua qaul berdasarkan dua riwayat daripada Iman Syafi'i :
  1. Semua badan, tanpa kecuali. Inilah qaul yang paling sahih atau paling nyata atau mu'tamad, sebagaimana diterangkan oleh Ibnu Hajar al-Haytamiyy di dalam az-Zawajir dan Al-Baydawiyy di dalam Tafsirnya dan juga para Ulama' Syafi'iyah.
  2. Semua badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Mubah didedahkan muka dan dua tapak tangan di hadapan lelaki ajnabi dengan syarat aman daripada fitnah. Wajib tutup muka dan dua tapak tangan itu bukan kerana ianya aurat, tetapi kerana menutup pintu fitnah dan fasad.
Hanafi

Ada dua qaul, derdasarkan dua riwayat daripada Iman Abu Hanifah :

  1. Semua badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Mubah di dedahkan muka dan dua tapak tangan di jalan dan di depan lelaki ajnabi dengan syarat aman dari fitnah. Jika ditakuti mendatangkan fitnah atau membawa kepada fasad, maka wajib ditutup.
  2. Semua badannya, kecuali muka, dua tapak tangan dan dua qadam (iaitu tapak kaki) dan pergelangannya.

Hukum Kencing Sambil Berdiri!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtL6fZx_befoRKodCchg4nj6y48pS29gqts5HGK2XbHk5j4ulM_Pm9sXgHoHHRl6v_dVgNVBLmDT30vy_Tkr6E8Nj2Ws0eHHxKMC68G1c7mWcmRV7mODZVyjO1O8bxRIXYJjk-IIc31CDo/s400/bbmain.jpg
 
Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :
“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.

Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.

Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.
 
Rujukan: Ustaz Nor Amin

Tawakal Kepada Allah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3-7YdNSt2MRtp48D34TsFKubjBgAl0VGJrk5WtLIj-GfaFijULJ2PH1_UJ64_SSfWPl7wJv2TlQub1DA1CrzFtwSwKaa9aKx6bIOA-fP4ss9OfDLesUlDJ9Pt7nFC4zV9p_h10FIrgtcV/s1600/malu-itu-baik.jpg

Soalan :

Assalmu'alaikum, ustaz...minta perjelaskan, soal tawakal...masih ramai yg anggap, usaha dulu kemudian baru tawakal! Dan meletakkan hadis sbg hujah...
Jawapan :

Tawakal berasal dari perkataan “wakalah” yang bererti memilih wakil. Kita mengetahui bahawa kredibiliti seorang wakil yang baik boleh dilihat, paling tidak dari empat sifat, iaitu pengetahuan yang cukup, kepercayaan, mempunyai kemampuan, dan penuh perhatian.

Jelas bahawa memilih seorang wakil untuk sebuah pekerjaan dilakukan ketika seseorang tidak mempunyai kemampuan lagi untuk bertahan. Pada saat inilah ia boleh mengunakan kekuatan orang lain untuk membantunya dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.

Oleh kerana itu, tawakal kepada Allah swt. tidak mempunyai maksud lain, kecuali bahawa manusia menjadikan Allah sebagai wakilnya dalam menghadapi persoalan, musibah, musuh, para penentang, dan masalah-masalah yang sedang dihadapinya. Ketika seseorang telah sampai pada jalan buntu dalam upaya mencapai tujuan dan tidak mempunyai kemampuan lagi untuk menyelesaikan dan memecahkan persoalannya, ia akan menyandarkan diri kepadaNya dengan tanpa menghentikan usahanya. Bahkan, ia sendiri mempuyai kemampuan untuk melakukan pekerjaannya, ia tetap menganggap bahawa faktor utama yang boleh menyelesaikan masalahnya adalah Allah swt sahaja. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaaq : 3)

Tawakal merupakan salah satu cara yang dikurniakan oleh Allah swt kepada hamba-hambaNya dalam mereka mencari jalan dalam mencapai sesuatu. Tawakal ini adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan seorang Muslim. Rasulullah saw bersabda :
"Jika kamu bertakwa kepada Allah dengan sebenar-sebenar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi-pagi keluar sarang dalam keadaan lapar, dan petang hari pulang ke sarang dalam keadaan kenyang." (At Tarmizi, Ahmad, Ibnu Majah)

Ramai umat Islam sekarang ini tersalah faham tentang konsep tawakal, ada yang bertawakal sebelum berusaha dan ada juga yang bertawakal tanpa usaha dahulu. Contohnya seorang pelajar hanya berdoa dan bertawakal sahaja kepada Allah supaya ia lulus dalam peperiksaannya tanpa berusaha. Ini pasti tidak akan lulus dalam peperiksaan. Ataupun parking kereta tanpa kunci dan kuncinya ditinggalkan di suisnya dan bertawakal kepada Allah, ini juga pasti hilang. Kemudian mereka ini menyalahkan Allah dengan mengatakan Allah tiada kuasa, Allah tak dengar tawakalnya dan sebagainya. Inilah yang dikatakan umat Islam yang jahil tiada ilmu dalam mengerjakan sesuatu.

Tetapi berlaku juga kepada orang yang berusaha, berdoa dan bertawakal dalam usahanya itu, tetapi tetap tidak berjaya dan Allah tidak memberikan kejayaan kepadanya. Hal ini perlu kita cermin dahulu diri kita, adakah usaha kita mencukupi atau kita abaikan ibadah-ibadah wajib, sering melakukan dosa atau sebagainya. Sebab itulah tawakal kita perlu bersama dengan redho dan sabar dengan apa yang akan diberikan oleh Allah. Orang yang bersabar itu adalah orang yang mempunyai iman dan keyakinan akan kekuasaan Allah. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Bersabar itu separuh daripada iman”.
Konsep tawakal

Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Jami’ul Ulum wal Hikam berkata :
“Tawakal adalah penyandaran hati pada Allah untuk meraih berbagai kemaslahatan dan menghilangkan bahaya dalam urusan dunia maupun akhirat, menyerahkan semua urusan kepadaNya serta meyakini dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada yang memberi, menghalangi, mendatangkan bahaya, dan mendatangkan manfaat kecuali Allah semata.”

Perlu diketahui bahawa tawakal bukanlah hanya sikap bersandarnya hati kepada Allah semata-mata, namun disertai juga dengan melakukan usaha.

Ibnu Rajab berkata lagi :
“menjalankan tawakal tidaklah berarti seseorang harus meninggalkan sunnatullah yang telah ditetapkan dan ditakdirkan. Kerana Allah memerintahkan kita untuk melakukan usaha, sekaligus juga memerintahkan kita untuk bertawakal. Oleh kerana itu, usaha dengan anggota badan adalah termasuk ketaatan kepada Allah, sedangkan tawakal dengan hati merupakan keimanan kepadaNya.”

Sahl At Tusturi berkata bahawa :

“Barang siapa mencela usaha (meninggalkan sebab), maka dia telah mencela sunnatullah (ketentuan yang Allah tetapkan). Barang siapa mencela tawakal (tidak mau bersandar pada Allah), maka dia telah meninggalkan keimanan.”
Penutup

Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Barang siapa yang berusaha dia akan berjaya”.


Rasulullah S.A.W sebaik-baik contoh!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7BETkSvGq1A0QP7ad5Oasjm-bXRIOUD44TPjByFJgP6bDj0zIkP4NU2G1zLGnAdE-CuOQN6HjWJch91ymtuM-7dqMdEi6xsWD2HwO7VwjSBr5-kuMoGb397iGkn4KenpwUpgJDHLxJb3Z/s1600/MuhammadurRasulullah-1.jpg 

  1. Dalam membuat sesuatu keputusan, Rasulullah biasanya mengambil jalan yang paling mudah sekali. Baginda tidak suka memilih sesuatu yang susah, sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari : “Adapun Rasulullah s.a.w. apabila diberi pilihan antara dua perkara, baginda memilih yang lebih mudah selagi tidak melakukan dosa.” (Riwayat Bukhari) 

  2. Suka yang disebelah kanan. Aisyah r.a. menceritakan yang maksudnya : “Rasulullah suka mempergunakan tangan sebelah kanan dan memperdahulukan yang sebelah kanan seboleh mungkin dalam urusan menyikat rambut,meminyakinya, begitu juga ketika memakai sepatu dan membersihkan badan.” 

  3. Tidak mencela makanan dan minuman dan tidak memujinya berlebihan. 

  4. Tidak menaruh benci keduniaan.

  5. Sentiasa berlemah lembut dan berlapang dada. 

  6. Melakukan sesuatu perkara itu dengan bersungguh-sungguh. 

  7. Tidak terpengaruh dengan kemewahan dunia. 

  8. Memakai pakaian yang biasa dan sukakan wangi-wangian bahkan jasadnya mengeluarkan wangian semulajadi. 
  9. Memakan makanan yang biasa dimakan oleh orang kebanyakan. Makanan yang digemarinya ialah susu dan madu. Tidak gelojoh dan minum dengan tiga kali teguk. 

  10. Tidak membiarkan dirinya dipengaruhi oleh nafsu makan. 

  11. Rasulullah tidur dengan meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipinya didalam keadaan berbaring sambil berkata Tuhanku, lindungilah aku dari azabmu pada hari Engkau bangkitkan hamba-hambaMu. 

  12. Rasulullah seorang suami mithali, juga ayah dan datuk mithali. Menyayangi anaknya dan tidak pernah memarahi khadamnya. 

  13. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.

  14. Beliau berjalan dengan cergas dan bukan lemah gemalai.

Football News

 

© Copyright Inilah Duniaku! 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.